Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
ILMU Hisab dan Falakiah berkembang dalam kerajaan Riau-Lingga dimulai oleh Raja Ali Haji yang belajar daripada Saiyid Abdul Rahman bin Ahmad al-Mashri di Betawi. Apabila pujangga Riau itu ke Mekah mengikut orang tuanya, Raja Haji Ahmad pada tahun 1243 H/1817 M, Raja Ali Haji dan ayahnya mentahqiqkan pelbagai ilmu kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, termasuk Ilmu Hisab dan Falakiyah. Raja Ali Haji selain seorang pengarang, juga mengajar ilmu-ilmu keIslaman kepada kerabat-kerabatnya, di antara mereka yang menjadi ulama besar dan Hakim ialah Raja Haji Muhammad Tahir bin Raja Haji Abdullah (al-Marhum Mursyid).
Raja Haji Muhammad Tahir merupakan orang pertama di Riau yang menulis dalam bidang Ilmu Hisab dan Falakiyah sebagai dokumentasi. Kemunculannya boleh disenaraikan dalam golongan di antara orang-orang pertama melakukan penulisan ilmu itu di dunia Melayu. Hal tersebut diakui, kerana pada peringkat awal memang tidak ramai ulama dunia Melayu melakukan penulisan ilmu tersebut, bahkan termasuk sampai ke zaman kita sekarang ini (1425 H/2004 M) sangat sedikit sekali yang menulis perkara itu. Walau bagaimanapun Syeikh Abbas Kuta Karang Aceh dan lain- lain telah mendahului Raja Haji Muhammad Tahir Riau. Naskhah hisab dan falak karya beliau hanyalah dapat diketahui dan dipelajari melalui salinan yang dibuat oleh putera beliau sendiri, iaitu Raja Haji Muhammad Sa'id, seorang ulama Riau-Lingga yang banyak menghasilkan karya. Oleh sebab asas Ilmu Hisab dan Falak telah dirintis oleh kedua-dua orang kerabat Diraja Riau-Lingga itu, ia memberi laluan mudah kepada Syeikh Tahir Jalaluddin al-Azhari memperkembangkan ilmu itu. Kerabat Diraja Riau-Lingga merupakan orang pertama memperkenalkan dan memperkembangkan karya-karya hisab dan falak Syeikh Tahir Jalaluddin itu melalui natijah-natijah yang mereka terbitkan di Singapura. Yang memperkenalkan karya Syeikh Tahir Jalaluddin al-Azhari itu masih keluarga dekat dengan ulama ini, di antara mereka ialah Raja Haji Umar bin Raja Haji Hasan dan Raja Haji Muhammad Arif bin Raja Haji Mahmud.
Ketokohan
Raja Haji Muhammad Tahir telah dikenali sebagai tokoh Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah melalui beberapa jalur, ayahnya Raja Haji Abdullah Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga ke-9 adalah seorang ulama pengamal thariqat, bahkan beliau digelar dengan Marhum Mursyid. Ketokohan beliau ini diakui oleh gurunya, Syeikh Ismail Minangkabau sebagai seorang Mursyid dalam Thariqat Naqsyabandiah al-Khalidiyah yang diamalkannya.
PENDIDIKAN
Sewaktu ayahnya, Raja Haji Abdullah membuat surat wasiat, 26 Zulhijjah 1276 H/1859 M, Raja Muhammad Tahir belum akil baligh lagi, sedangkan anaknya yang tua, Raja Haji Muhammad/ Tengku Nong berada di Mekah. Saudara tuanya, ialah Raja Haji Muhammad/ Tengku Nong yang telah diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk mendidik Raja Muhammad Tahir. Raja Haji Muhammad/Tengku Nong sendiri sebelum ke Mekah telah mendapat pendidikan daripada ayahnya. Juga sewaktu di Riau-Lingga beliau diasuh oleh Syeikh Ismail Minangkabau hinggalah beliau berangkat ke Mekah mengikut ulama yang berasal dari Minangkabau itu. Raja Muhammad Tahir mendapat pelbagai ilmu daripada abangnya termasuklah Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah. Beliau juga sempat belajar kepada Raja Ali Haji. Di antara pengetahuan yang dipelajarinya daripada Raja Ali Haji ialah Ilmu Bahasa Melayu, termasuk karang mengarang, Ilmu Sosiologi, Sejarah, Ilmu Hisab/Falak dan lain-lain lagi. Selepas itu Raja Haji Muhammad Tahir melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Selama berada di Mekah beliau dalam pemeliharaan Syeikh Ismail Minangkabau dan keluarganya. Di antara guru-gurunya di Mekah ialah: Syeikh Ismail Minangkabau, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan ramai lagi.
Kejayaan
Raja Haji Muhammad Tahir adalah seorang ulama besar kerajaan Riau-Lingga dalam masa transisi kejayaan kerajaan itu kepada masa kerajaan itu dimusnahkan oleh pihak penjajah Belanda. Walaupun keadaan pada ketika itu sangat mencabar, namun beliau masih sempat mendidik kaum kerabatnya mengenai ilmu-ilmu keIslaman. Dua orang anak beliau yang berilmu pengetahuan, Raja Haji Muhammad Sa'id dan Tengku Badariyah. Beliau jugalah sebagai pendidik anak saudaranya iaitu Raja Ali/Tengku Selat bin Raja Haji Muhammad/Tengku Nong. Raja Ali/Tengku Selat digelar masyarakat dengan ``Bapak Gembala Perniagaan Melayu''. Raja Haji Muhammad Tahir juga dikenali sebagai tokoh ``murabbir ruh'' (pendidik kerohanian). Beliau adalah Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah seperti orang tuanya, Raja Haji Abdullah/Marhum Mursyid. Ramai kerabat Diraja Riau-Lingga ditawajuh atau dibaiah oleh beliau sendiri, di antaranya termasuk putera beliau, Raja Haji Muhammad Sa'id, anak saudara beliau, Raja Ali/Tengku Selat, dan ramai lagi. Perkara ini jelas dalam sepucuk surat wasiat Raja Haji Muhammad Tahir kepada Raja Ali/ Tengku Selat itu. Kata beliau, ``Sesungguhnya Raja Ali yang tersebut itu sebagai munassibku sebagaimana yang telah diijazahkan oleh saudaraku Raja Haji Muhammad yang tersebut itu atasku .''
PENULISAN DAN PEMIKIRAN
Raja Haji Muhammad Tahir tidak menghasilkan karangan, jika dibandingkan penulisan Raja Haji Muhammad Sa'id, putera beliau, ternyata puteranya itu lebih produktif. Yang dapat dikesan setakat ini ialah: 1. Naskhah Hisab. 2. Syair Pintu Hantu. Pada Naskhah Hisab beliau menggunakan nama lengkap Raja Haji Muhammad Tahir bin Almarhum Mursyid al-Khalidi. Pada penulis ada sebuah manuskrip yang merupakan salinan puteranya Raja Haji Muhammad Sa'id, tarikh 1 September 1910 M. Naskhah Hisab juga pernah dimuat dalam Natijah Al-Usrah, terbitan Mathba'ah Al-Usrah, 5-2 Palembang Road, Singapura, tahun 1336H/ 1917 M-1918 M. Dimuat lagi salinan Raja Haji Muhammad Sa'id yang tersebut.
Menyalin
Untuk menyemak pemikiran dan gaya bahasa Raja Haji Muhammad Tahir itu, dirasakan perlu menyalin mukadimah Naskhah Hisab itu, ialah, katanya, ``Kemudian daripada itu maka inilah natijah bagi tahun hijrah nabawiyah 1336 yang masuk ke dalamnya tahun milad 1917 dan 1918 melengkapi akan segala waktu sembahyang, dan menyatakan segala musim-musim, dan hari-hari besar dan lainnya sebagaimana yang dilihat di dalamnya.
Ada pun takwim sehari bulan yang di dalam natijah ini ialah atas hisab qamari yang hakiki, iaitu dihubungkan sehari bulannya apabila pada ketika masuk matahari maka bulan masih tertinggal di atas ufuk, padahal telah berhimpun bulan itu dengan matahari pada ketika siangnya. Syahdan segala auqat (waktu-waktu, pen:) ini atas hisab zaman wusta urufi, iaitu jam yang dipakai oleh orang putih. Permulaannya dari pukul 12 tengah malam. Adalah segala auqat ini bagi negeri-negeri yang hampir khatulistiwa dan bagi negeri-negeri yang aradnya 1 dan 2 darjat ke Utara, iaitu seperti: Riau, Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar, Melaka, Kampar, Siak, Pontianak, Sambas, Mempawah, Sarawak, Siugu, Padang Sidempuan, Rawa, Ternate, Sintang, dan negeri-negeri yang bersamaan dan berhampiran aradnya dengan dia. Maka bolehlah beramal dengan dia pada negeri-negeri arad satu darjat dan dua darjat ke Selatan. Dan negeri-negeri yang aradnya tiga, empat dan lima darjat ke Utara dan ke Selatan dengan syarat berihtiyathlah masing-masing ahli negeri itu sekadar lima minit hingga lapan minit. Ada pun negeri-negeri yang memakai jam negeri asing itu, maka sayugianya memakai tafawut di antara dua taul. Pada tiap-tiap satu darjat tafawutnya empat minit. Jika negeri yang diikut jamnya itu sebelah Barat, yang negerinya sebelah Timur, maka ditambah. Dan jika negeri yang diikut jamnya itu di sebelah Timur dan negerinya di sebelah Barat maka dikurangkan. Seperti: Melaka mengikut jam Singapura (sebelah Timur Melaka). Singapura taulnya 108.51 darjat, Melaka taulnya 102.15 darjat tafawut taulnya 1.36. 1.36 darjat kali empat minit sama dengan 6.24 minit (iaitu pukul 12 Singapura sama dengan 12.06 Melaka). Tersalin daripada: Naskhah Hisab Raja Haji Muhammad Tahir bin Almarhum Mursyid. Oleh Muhammad Sa'id bin Muhammad Tahir Riau Singapura, 14 Mei 1917 M.''
Demikianlah transliterasi mukadimah Naskhah Hisab karya Raja Haji Muhammad Tahir pada Natijah Mathba'ah Al-Usrah, 1336 H/1917-1918 M. Kandungannya pula banyak perkara-perkara yang menarik sebagai contoh pada halaman 32 pengarangnya mencatatkan bahawa sampai Muharam 1336 H bersamaan Oktober 1917 M, ``... telah lalu dari masa turun Nabi adam a.s. daripadanya syurga 8195 tahun.''
Naskhah Hisab karya Raja Haji Muhammad Tahir yang disalin oleh Mudir Mathba'ah Ahmadi, 50 Minto Road, Singapura, 15 Ogos 1920, lain pula kandungannya dengan salinan di atas sesudah mukadimah lalu membicarakan judul Gerhana Bulan Gelap selanjutnya tertulis, ``Berlaku hikmah al-Ilahiyah, dan harakat falakiyah, dan qawaid hisabiyah dengan bahawasanya menengahi bumi antara jirim bulan dan matahari pada 15 Safar, malam Khamis, sanah 1338 berbetulan 27 Oktober tahun 1920, gerhana bulan gelap. Permulaan gerhana pukul 7.46. Permulaan gelap pukul 9.02. Pertengahan gelap pukul 9.37. Permulaan terang pukul 10.12. Kesudahan gerhana pukul 11.27.''
Memperkenalkan
Transliterasi yang bersumber daripada kedua-dua salinan karya Raja Haji Muhammad Tahir Riau di atas adalah bertujuan memperkenalkan jalan ilmiah dan gaya bahasa ulama silam kita mengenai ilmu yang kurang diminati orang. Jika membicarakan kandungan kedua-dua sumber tersebut, maka ruangan yang diperuntukkan tidak cukup memadai. Oleh itu memperkenalkan ini lebih lengkap perlu difikirkan.
Selain karya Raja Haji Muhammad Tahir Riau yang disebutkan di atas barangkali masih ada karya beliau belum diketahui. Saya mempunyai sebuah surat wasiat beliau kepada saudaranya Raja Ali/Tengku Selat juga boleh dianggap sebagai satu karya tulisannya.
KETURUNAN
Putera Raja Haji Muhammad Tahir yang menjadi ulama besar ialah Raja Haji Muhammad Sa'id (wafat di Singapura, 11 Safar 1338 H/4 November 1919 M) dan Tengku Badariyah (wafat di Singapura, 10 Rabiulawal 1347 H/26 Ogos 1928 M). Raja Haji Muhammad Sa'id adalah seorang ulama besar Riau-Lingga mendapat pendidikan di Mekah dan Tengku Badariyah adalah seorang tokoh perempuan Riau-Lingga yang mahir berbahasa Arab, baik percakapan mahupun penterjemahan. Kedua-dua mereka akan dibicarakan dalam artikel yang tersendiri.
This entry was posted
on Sunday, November 12, 2006
at 1:42 PM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
Archives
-
▼
2006
(105)
-
▼
November
(105)
- Saiyid Abdullah Az-Zawawi Mufti Syafi'iyah Mekah
- Saiyid Abdullah Al-Ghadamsi sebarkan ilmu dari Lib...
- Syeikh Utsman Syihabuddin ulama Pontianak
- Haji Ismail Mundu Mufti Kerajaan Kubu
- Haji Wan Muhammad Al-Kalantani Mufti Kelantan yang...
- Syeikh Abdul Wahhab Siantan mufti dan guru kerajaa...
- Tuan guru Abdul Hamid Besut anak murid Tuan Bendan...
- Syeikh Muhammad Salleh putera penerus warisan Tok ...
- Tok Syeikh Duyung syeikhul ulama Terengganu
- Pehin Datu Imam Haji Mokti imam terkenal Brunei
- Basiyuni Imran Maharaja Imam Sambas
- Muhammad Jabir As-Sambasi Khatib Sidana Kerajaan S...
- Datuk Haji Ahmad Ulama Brunei Darussalam
- Tok Bermin al-Fathani cergas, cermat dan kemas
- Syeikh Muhammad Nur Al-Fathani pembesar dua pemeri...
- Syeikh Hasan Ma’shum Mufti Kerajaan Deli
- Syeikh Sulaiman ar-Rasuli pahlawan Mazhab Syafie
- Syeikh Abdul Rahman Minangkabau Mursyid Thariqat N...
- Pengembaraan dan pengubatan Muhammad Umar
- Saiyid Utsman Betawi - Mufti paling masyhur
- Syeikh Nuruddin ar-Raniri Ulama ahli debat
- Syeikh Hamzah al-Fansuri Sasterawan sufi agung
- Syeikh Ahmad Yunus Lingga - Pakar bahasa Melayu di...
- Raja Badariyah - Cendekiawan Istana Riau
- Syeikh Muhammad al-Fathani - Ulama pembesar Turki
- Raja Ahmad doktor kerajaan Riau
- Kiyai Muhammad Shalih al-Fathani - Ahli falak Nusa...
- Raja Muhammad Sa'id - Cendekiawan Istana Riau
- Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti menguasai pelbaga...
- Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari - Ulama sufi duni...
- Fakhruddin al-Falimbani - Ulama Kesultanan Palemba...
- Syeikh Abu Bakar Palakka - Penyambung aktiviti Sye...
- Yusuf Saigon al-Banjari - Ulama hartawan
- Mufti Jamaluddin al-Banjari - Ahli undang-undang K...
- Husein al-Qadri - Penyebar Islam Kalimantan Barat
- Syarif Abdur Rahman al-Qadri - Sultan pertama kera...
- Wan Fatimah al-Kalantani - Wanita Melayu alim di M...
- Syeikh Abdul Wahid al-Juhuri - Mengislamkan Sultan...
- Syeikh Abdul Qadir al-Fathani - Khalifah Syeikh Da...
- Imam Muhammad Dahlan - Ulama Jawa termasyhur di Se...
- Tok Selehor Kelantani - Berdakwah lewat puisi
- Tuan Mukhtar Bogor - `Ulama' ahli syari'at dan haq...
- Syeikh Mahfuz at-Tarmasi - Ulama hadis dunia Melayu
- Syeikh Abdul Hamid Kudus pakar Ilmu Arudh, Qawafi
- Syeikh Ismail al-Minankabawi - Penyebar al-Khalidi...
- Muhammad Khalil al-Maduri - Guru ulama Jawa, Madura
- Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani - Ulama jihad di B...
- Tok Kelaba al-Fathani - Menyalin pelbagai manuskri...
- Syeikh Nik Mat - Hakim Mahkamah Syarie di Mekah
- Berguru di Mekah - Syeikh Abdul Hamid tentang golo...
- Ulama besar Mandailing - Wasiat pedoman ahli keluarga
- Syeikh Abdul Wahhab Rokan - Mursyid tarekat yang b...
- Ulama Minangkabau - Kadi Kuala Lumpur yang pertama
- Ulama Besar Jawa Tengah - Kiyai Muhammad Saleh Darat
- Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas ulama paling berpen...
- Tok Kenali ulama peringkat wali
- Abdul Qadir Tuan Minal ulama dan ayah seorang pejuang
- Tok Ku Paloh Al-Aidrus pejuang Islam dan bangsa Me...
- Saiyid Muhammad Al-'Aidrus Bapa Kesusasteraan Mela...
- Syeikh Junid Thala ulama terkenal di Mandailing da...
- Syeikh Faqih Ali al-Fathani tokoh pertama menulis ...
- Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad Mufti Kerajaan Johor
- Saiyid Muhsin al-Masawi pengasas Dar al-Ulum di Mekah
- Datuk Abdullah Musa - Mufti dan Hakim Besar Johor
- Sultan Zainal Abidin III - Umara bertaraf dunia
- Tok Wan Din al-Fathani - Penyalin karya Syeikh Dau...
- Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi - Imam dan khat...
- Syeikh Nawawi al-Bantani - Digelar Imam Nawawi kedua
- Raja Haji Abdullah - Yamtuan Muda Riau Ke IX
- 100 tahun kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani
- Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani - Penyambung a...
- Syeikh Ismail Al-Asyi - Ketua Mahasiswa Melayu per...
- Muhammad Yasin - Ulama Kedah berhijrah ke Mempawah
- Syeikh Abdul Lathif al-Fathani - Sebar Islam denga...
- Syeikh Abdul Qadir al-Fathani Tok Bendang Daya II
- Muhammad Sa'id Umar Kedah - Pengarang Tafsir Nur a...
- Ahmad Khathib Sambas - Mursyid Tariqat Qadiriyah
- Tengku Ali Tengku Selat - Gembala perniagaan Melayu
- Ja'afar Encik Abu Bakar Lingga - Gembala Khazanah ...
- Raja Umar Hasan - Mudir Mathba'ah Al-Ahmadiah pertama
- Raja Muhammad Tahir Riau - Hakim Riau-Lingga dan u...
- Tuan Minal al-Fathani - Karangannya rujukan ulama ...
- Tuan Tabal - Penyebar Thariqat Ahmadiyah pertama d...
- Syeikh Wan Ali Kutan - Guru para ulama Melayu
- Abu Bakar al-Funtiani Ulama pengembara
- Syeikh Jalaluddin al-Kalatani - Perintis pengajian...
- Haji Muhammad Nur - Kadi Kerajaan Langkat
- Wan Ismail Al-Jambui Al-Fathani -- Kadi Jambu, Patani
- Syeikh Abdur Rahman Shiddiq Al-Banjari - Mufti Ker...
- Husein Kedah al-Banjari - Generasi penerus ulama B...
- Imam Haji Mursyidi - Tokoh pentadbir Islam Sarawak
- Ismail al-Kalantani - Mufti Kerajaan Pontianak
- Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin Raja Mempawah tera...
- Muhammad Said Yan - Ulama yang berdikari
- Raja Ali Kelana - Ulama pejuang Riau dan Johor
- Sultan Sulaiman Selangor - Sultan yang mengasihi u...
- Tengku Muhammad al-Fathani - Ulama besar Jambi
- Utsman Senik - Mufti Pahang selama 20 tahun
- Sayid Syeikh Al-Hadi - Penyebar ilmu yang gigih
- Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Azhari - Ahli falak dun...
-
▼
November
(105)