Ulama Nusantara
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
KESOHORAN Syeikh Ahmad Khathib Sambas di kalangan pengamal Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah, sama ada peringkat Nusantara mahu pun antarabangsa pada zamannya tidak dinafikan. Sekurang-kurangnya terdapat dua buah kitab yang ditulis dalam bahasa Arab oleh orang Arab, menceritakan kisah ulama-ulama Mekah dan nama Syeikh Ahmad Khathib Sambas juga terdapat di dalamnya. Kitab yang pertama, Siyar wa Tarajim, karya Umar Abdul Jabbar. Kitab kedua, Al-Mukhtashar min Kitab Nasyrin Naur waz Zahar, karya Abdullah Mirdad Abul Khair yang diringkaskan oleh Muhammad Sa'id al-'Amudi dan Ahmad Ali. Kita sangat berterima kasih kepada kedua-dua penulis Arab itu, walau bagaimanapun ketepatan data dan fakta termasuk tahun lahir dan wafatnya perlu ditinjau kembali.
Nama lengkapnya ialah Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad as-Sambasi. Lahir di Kampung Dagang, Sambas. Tarikh lahirnya hanya disebut oleh Umar `Abdul Jabbar, ialah pada bulan Safar 1217 H (kira-kira bersamaan 1802 M, pen:), tidak terdapat tulisan lainnya. Wafatnya di Mekah tetapi terdapat perbezaan pendapat mengenai tahun kewafatannya antara Umar Abdul Jabbar dengan Abdullah Mirdad Abul Khair. Abdullah Mirdad Abul Khair menyebut bahawa Syeikh Ahmad Khathib wafat tahun 1280 H (kira-kira bersamaan 1863 M, pen:), tetapi menurut Umar Abdul Jabbar, pada tahun 1289 H (kira-kira bersamaan 1872 M, pen:). Tahun wafat 1280 H yang disebut oleh Abdullah Mirdad Abul Khair sudah pasti ditolak, kerana berdasarkan sebuah manuskrip Fat-h al-'Arifin salinan Haji Muhammad Sa'id bin Hasanuddin, Imam Singapura, menyebut bahawa ``Muhammad Sa'ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil tariqat daripada gurunya, Syeikh Ahmad Khathib yang tersebut itu di dalam negeri Mekah al-Musyarrafah di dalam halwatnya, dan khatamnya pada hari Arba', yang ketujuh hari dari bulan Zulhijjah sanah 1286 Hijrah''. Jadi bererti pada 7 Zulhijah 1286 H, Syeikh Ahmad Khathib Sambas masih hidup. Oleh itu Syeikh Ahmad Khathib Sambas wafat tahun 1289 H yang disebut oleh Umar Abdul Jabbar menepati yang sebenarnya.
KEMUNCAK KEMASYHURAN
Manusia menjadi terkenal kerana berbagai-bagai sebab, Syeikh Ahmad Khathib Sambas terkenal kerana beliau sebagai Mursyid Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Pada zamannya, di Mekah tentang tariqat itu, Syeikh Ahmad Khathib Sambas merupakan Syeikh Mursyid yang teratas sekali. Ia bukan sahaja bagi masyarakat dunia Melayu, tetapi juga diakui oleh ulama-ulama dunia luar. Sepanjang sejarah perkembangan Tariqat Qadiriyah di dunia Melayu dari dahulu hingga sekarang memang tidak dapat dinafikan bahawa tokoh yang terbesar dan paling berkesan bagi ulama-ulama Jawi/Nusantara dalam penyebaran Tariqat Qadiriyah itu ialah Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Nama beliau juga dikenal di Uzbekistan, kerana salah seorang murid beliau bernama Syeikh Abdul Murad, adalah seorang ulama Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang menerima tawajjuh kedua-dua tariqat itu daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas.
FAT-HUL `ARIFIN
Fat-hul `Arifin termasuk salah satu istilah yang banyak dibicarakan di kalangan sufi. Tetapi yang dimaksudkan di sini ialah sebuah risalah atau kitab yang berasal daripada imlak Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Imlak tersebut ditulis oleh beberapa orang muridnya, dan yang sempat diterbitkan hanyalah versi catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali. Manuskrip Fat-hul `Arifin yang dinisbahkan kepada Syeikh Ahmad Khathib Sambas, yang ada pada penulis ialah: 1. Judul Silsilah Tariqat Qadiriyah wan Naqsyabandiyah yang dicatat oleh Abdul Hakim ibnu Marhum Lebai Abdul Kari Sambas, Kampung Asam. Naskhah ini merupakan satu-satunya yang ditulis oleh orang yang berasal dari Sambas sendiri. 2. Manuskrip tanpa judul, hanya dinyatakan ``Talkin, zikir dan bai'ah tariqat yang diijazahkan oleh guru kita Maulana asy-Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas yang di dalam negeri Mekah al-Musyarrafah kepada sekalian muridnya''. Pada manuskrip ini dimulai nama pencatatnya bernama Haji Muhammad Sa'id bin Hasanuddin, Imam Singapura, bahawa beliau ``... mengambil talkin, dan bai'ah, dan tawajjuh, serta ijazah daripada gurunya Sayid Muhammad bin Ali al-'Aidrus. Dia mengambil daripada Sayid Ja'afar bin Muhammad as-Saqaf Pontianak, mengambil daripada Muhammad Sa'ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil daripada Syeikh Ahmad Khathib... `` Manuskrip ini ditulis tahun 1286 H dan selanjutnya disalin oleh Sayid Ahmad bin Ismail al-'Aidrus pada hari Khamis, 4 Zulhijah 1293 H/21 Disember 1876 M, diperoleh di Pontianak pada 8 Syawal 1422 H/22 Disember 2001 M. 3. Fat-hul `Arifin, naskhah yang ditulis oleh Haji Muhammad bin Syeikh Abdus Samad al-Kalantani diselesaikan pada tahun 1294 H/1877 M. Dalam manuskrip ini dikombinasikan dengan Tariqat Syathariyah.
Tiga versi yang tersebut di atas merupakan manuskrip yang pernah diterbitkan iaitu versi catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali, beliau selesai menulis kembali setelah diteliti dan bersih daripada corat-coret pada bulan Rejab 1295 H/Julai 1878 M. Naskhah tersebutlah yang ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, kemudian dicetak pertama kalinya oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah Mekah, 1305 H/1887 M, yang diterbitkan itu diberi judul Fat-hul `Arifin.
Walaupun Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai seorang tokoh sufi, namun selain ditonjolkan karya tasawuf Fat-hul `Arifin, beliau juga menghasilkan karya dalam bidang ilmu fikah. Penulis juga memiliki manuskrip fikah karya beliau, iaitu Fatwa Syeikh Ahmad Khathib Sambas Perihal Jumaat. Naskhah tulisan tangan itu dijumpai tahun 1986, bekas koleksi Haji Manshur yang berasal dari Pulau Subi, Kepulauan Riau. Kandungan naskhah selain membicarakan masalah Jumaat terdapat pula fatwa beliau mengenai hukum penyembelihan secara Islam. Pada bahagian akhir naskhah terdapat pula suatu nasihat beliau yang panjang, kemudian ditutup dengan beberapa amalan wirid beliau
selain amalan Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Sebuah karya (judul yang sebenar tidak terdapat) yang membicarakan fikah mulai taharah, sembahyang dan pengurusan mayat. Manuskrip tanpa dinyatakan tarikh, hanya terdapat tahun penyalinan dinyatakan ``... Hari Khamis, 11 Muharam 1281 H oleh Haji Ahmad ibnu al-Marhum Penggawa Nashir ahli al-Kayung jama'ah Tuan Syeikh Ahmad Khathib Sambas di Mekah al-Mukarramah ...'' Manuskrip di atas diperoleh di Kampung Mendalok, Sungai Kunyit, Kabupaten Pontianak, Kalimantan Barat, pada 6 Syawal 1422 H/20 Disember 2001 M.
MURID-MURIDNYA
Besar nian pengaruh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang bersumber daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas di dunia Melayu, melebihi tokoh-tokoh penyebar Tariqat Qadiriyah seperti Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri dan lain-lainnya yang lebih dahulu. Di Jawa misalnya, dapat kita semak pada beberapa lembar tulisan Zamakhsyari Dhofier dalam bukunya Tradisi Pesantren, beliau menyebut, ``Dalam abad ke-19, organisasi-organisasi tariqat di Jawa memperoleh semangat dan dukungan baru daripada masyarakat. Hal ini disebabkan oleh kedatangan para pengikut Syeikh Ahmad Khatib Sambas dan Sulaiman Effendi dari Mekah''. Seterusnya, ``Namun yang cukup menarik ialah di Jawa Syeikh Ahmad Khatib Sambas dikenal sebagai pendiri suatu tariqat baru, Tariqat Naqsyabandiyah''. Selanjutnya, ``Kedudukan Syeikh Ahmad Khatib sebagai seorang sarjana Islam perlu kita sedari betul-betul ...''. Selanjutnya, ``Adalah suatu hal yang penting bahawa seorang sarjana besar seperti Syeikh Sambas, kepada siapa hampir semua kiyai di Jawa menelusuri penealogi intelektual mereka juga dikenal sebagai seorang pemimpin tariqat''.
Kalau demikian yang diperkatakan, sekarang mari kita menjejaki kemantapan sistem pengkaderan yang dilakukan kepada murid-muridnya. Salah seorang muridnya bernama Syeikh Zainal Abidin yang berasal dari Kelantan diutus oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas ke Kalimantan Barat sebagai `Ketua Khalifah' di sana. Jadi bererti murid-muridnya yang lain, yang semuanya berasal dari Kalimantan Barat, adalah di bawah pengawasan Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani. Selanjutnya semua mereka disuruh supaya mendalami pelbagai ilmu kepada ulama yang berasal dari Kelantan itu. Kebenaran untuk mentawajjuh/ membai'ah sekali-kali tidak dibenarkan kepada murid-murid yang lain selagi Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani masih hidup, atau selagi beliau masih berada di Kalimantan Barat. Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani meninggal dunia di Kampung Sebedang, Sambas.
Yang dilantik oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai khalifahnya di Mekah ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani, beliau mempunyai murid yang ramai sesudah Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Untuk di Jawa terdapat tiga orang wakil khalifah, iaitu: Di Jawa Timur, Syeikh Ahmad Hasbullah bin Muhammad al- Manduri (Madura) dan lain-lain. Di Jawa Tengah, Syeikh Zarkasyi Barjan, Porwajo Syeikh Ibrahim Berumbung. Di Jawa Barat, Syeikh Asnawi Banten dan lain-lain.
Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim berasal dari Pulau Bali. Beliau juga diberikan kebenaran mentawajjuhkan. Salah seorang muridnya yang menjadi ulama besar ialah Tuan Guru Haji Abdur Rahman yang berasal dari Ambon. Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir berasal dari Sarawak. Di antara muridnya ialah Haji Muhammad Arsyad bin Abdur Rahman Pontianak. Murid Haji Abdul Lathif yang berasal dari Sarawak yang menjadi ulama besar, mengajar di Masjidil Haram, Mekah, ialah Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi. Tetapi selanjutnya Syeikh Utsman Sarawak ini menerima tawajjuh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah sekali lagi daripada Syeikh Abdul Karim al-Bantani di Mekah.
Masih banyak kisah murid-murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang belum sempat disebutkan di sini, penulis menyimpulkan saja bahawa institusi pengajaran Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang bersumber daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas yang masih kekal sampai sekarang ialah daripada muridnya yang bernama Syeikh Abdullah Mubarak. Pondok Pesantren yang beliau dirikan 7 Rejab 1323 H/
5 September 1905 M masih kekal sam-
pai sekarang, bahkan terkenal di seluruh Indonesia dan Malaysia. Sistem pelajaran Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah
yang berasal daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas itu dikembangkan dengan penyesuaian pada zaman moden.
This entry was posted
on Sunday, November 12, 2006
at 2:42 PM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
Archives
-
▼
2006
(105)
-
▼
November
(105)
- Saiyid Abdullah Az-Zawawi Mufti Syafi'iyah Mekah
- Saiyid Abdullah Al-Ghadamsi sebarkan ilmu dari Lib...
- Syeikh Utsman Syihabuddin ulama Pontianak
- Haji Ismail Mundu Mufti Kerajaan Kubu
- Haji Wan Muhammad Al-Kalantani Mufti Kelantan yang...
- Syeikh Abdul Wahhab Siantan mufti dan guru kerajaa...
- Tuan guru Abdul Hamid Besut anak murid Tuan Bendan...
- Syeikh Muhammad Salleh putera penerus warisan Tok ...
- Tok Syeikh Duyung syeikhul ulama Terengganu
- Pehin Datu Imam Haji Mokti imam terkenal Brunei
- Basiyuni Imran Maharaja Imam Sambas
- Muhammad Jabir As-Sambasi Khatib Sidana Kerajaan S...
- Datuk Haji Ahmad Ulama Brunei Darussalam
- Tok Bermin al-Fathani cergas, cermat dan kemas
- Syeikh Muhammad Nur Al-Fathani pembesar dua pemeri...
- Syeikh Hasan Ma’shum Mufti Kerajaan Deli
- Syeikh Sulaiman ar-Rasuli pahlawan Mazhab Syafie
- Syeikh Abdul Rahman Minangkabau Mursyid Thariqat N...
- Pengembaraan dan pengubatan Muhammad Umar
- Saiyid Utsman Betawi - Mufti paling masyhur
- Syeikh Nuruddin ar-Raniri Ulama ahli debat
- Syeikh Hamzah al-Fansuri Sasterawan sufi agung
- Syeikh Ahmad Yunus Lingga - Pakar bahasa Melayu di...
- Raja Badariyah - Cendekiawan Istana Riau
- Syeikh Muhammad al-Fathani - Ulama pembesar Turki
- Raja Ahmad doktor kerajaan Riau
- Kiyai Muhammad Shalih al-Fathani - Ahli falak Nusa...
- Raja Muhammad Sa'id - Cendekiawan Istana Riau
- Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti menguasai pelbaga...
- Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari - Ulama sufi duni...
- Fakhruddin al-Falimbani - Ulama Kesultanan Palemba...
- Syeikh Abu Bakar Palakka - Penyambung aktiviti Sye...
- Yusuf Saigon al-Banjari - Ulama hartawan
- Mufti Jamaluddin al-Banjari - Ahli undang-undang K...
- Husein al-Qadri - Penyebar Islam Kalimantan Barat
- Syarif Abdur Rahman al-Qadri - Sultan pertama kera...
- Wan Fatimah al-Kalantani - Wanita Melayu alim di M...
- Syeikh Abdul Wahid al-Juhuri - Mengislamkan Sultan...
- Syeikh Abdul Qadir al-Fathani - Khalifah Syeikh Da...
- Imam Muhammad Dahlan - Ulama Jawa termasyhur di Se...
- Tok Selehor Kelantani - Berdakwah lewat puisi
- Tuan Mukhtar Bogor - `Ulama' ahli syari'at dan haq...
- Syeikh Mahfuz at-Tarmasi - Ulama hadis dunia Melayu
- Syeikh Abdul Hamid Kudus pakar Ilmu Arudh, Qawafi
- Syeikh Ismail al-Minankabawi - Penyebar al-Khalidi...
- Muhammad Khalil al-Maduri - Guru ulama Jawa, Madura
- Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani - Ulama jihad di B...
- Tok Kelaba al-Fathani - Menyalin pelbagai manuskri...
- Syeikh Nik Mat - Hakim Mahkamah Syarie di Mekah
- Berguru di Mekah - Syeikh Abdul Hamid tentang golo...
- Ulama besar Mandailing - Wasiat pedoman ahli keluarga
- Syeikh Abdul Wahhab Rokan - Mursyid tarekat yang b...
- Ulama Minangkabau - Kadi Kuala Lumpur yang pertama
- Ulama Besar Jawa Tengah - Kiyai Muhammad Saleh Darat
- Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas ulama paling berpen...
- Tok Kenali ulama peringkat wali
- Abdul Qadir Tuan Minal ulama dan ayah seorang pejuang
- Tok Ku Paloh Al-Aidrus pejuang Islam dan bangsa Me...
- Saiyid Muhammad Al-'Aidrus Bapa Kesusasteraan Mela...
- Syeikh Junid Thala ulama terkenal di Mandailing da...
- Syeikh Faqih Ali al-Fathani tokoh pertama menulis ...
- Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad Mufti Kerajaan Johor
- Saiyid Muhsin al-Masawi pengasas Dar al-Ulum di Mekah
- Datuk Abdullah Musa - Mufti dan Hakim Besar Johor
- Sultan Zainal Abidin III - Umara bertaraf dunia
- Tok Wan Din al-Fathani - Penyalin karya Syeikh Dau...
- Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi - Imam dan khat...
- Syeikh Nawawi al-Bantani - Digelar Imam Nawawi kedua
- Raja Haji Abdullah - Yamtuan Muda Riau Ke IX
- 100 tahun kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani
- Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani - Penyambung a...
- Syeikh Ismail Al-Asyi - Ketua Mahasiswa Melayu per...
- Muhammad Yasin - Ulama Kedah berhijrah ke Mempawah
- Syeikh Abdul Lathif al-Fathani - Sebar Islam denga...
- Syeikh Abdul Qadir al-Fathani Tok Bendang Daya II
- Muhammad Sa'id Umar Kedah - Pengarang Tafsir Nur a...
- Ahmad Khathib Sambas - Mursyid Tariqat Qadiriyah
- Tengku Ali Tengku Selat - Gembala perniagaan Melayu
- Ja'afar Encik Abu Bakar Lingga - Gembala Khazanah ...
- Raja Umar Hasan - Mudir Mathba'ah Al-Ahmadiah pertama
- Raja Muhammad Tahir Riau - Hakim Riau-Lingga dan u...
- Tuan Minal al-Fathani - Karangannya rujukan ulama ...
- Tuan Tabal - Penyebar Thariqat Ahmadiyah pertama d...
- Syeikh Wan Ali Kutan - Guru para ulama Melayu
- Abu Bakar al-Funtiani Ulama pengembara
- Syeikh Jalaluddin al-Kalatani - Perintis pengajian...
- Haji Muhammad Nur - Kadi Kerajaan Langkat
- Wan Ismail Al-Jambui Al-Fathani -- Kadi Jambu, Patani
- Syeikh Abdur Rahman Shiddiq Al-Banjari - Mufti Ker...
- Husein Kedah al-Banjari - Generasi penerus ulama B...
- Imam Haji Mursyidi - Tokoh pentadbir Islam Sarawak
- Ismail al-Kalantani - Mufti Kerajaan Pontianak
- Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin Raja Mempawah tera...
- Muhammad Said Yan - Ulama yang berdikari
- Raja Ali Kelana - Ulama pejuang Riau dan Johor
- Sultan Sulaiman Selangor - Sultan yang mengasihi u...
- Tengku Muhammad al-Fathani - Ulama besar Jambi
- Utsman Senik - Mufti Pahang selama 20 tahun
- Sayid Syeikh Al-Hadi - Penyebar ilmu yang gigih
- Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Azhari - Ahli falak dun...
-
▼
November
(105)